Tuesday 23 August 2011

JALAN CHOW KEAT ERA 70an

Kuala Lumpur pada tahun 70an. Jalan Tuanku Abd. Rahman di persimpangan Jalan Chow Keat menjadi tempat tumpuan ramai bagi penduduk tempatan dan pelancong luar. Kalau ke Kuala Lumpur tetapi tidak ke "Chow Keat" kunjungan menjadi tidak lengkap. Pada masa ini Jalan Tuanku Abd. Rahman masih mempunyai laluan dua hala dengan didirikan pagar di bahagian tengahnya. Imej ini dilihat dari atas jejantas.

"Kuala Lumpur", Cat minyak, 66cm x 86cm, 
1979

 Berada dalam studio semasa berkursus "Specialist Art Teacher" selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, 1979. Semasa di sini banyak mendapat bimbingan daripada pelukis yang juga pensyarah Yeoh Jin Ling dan rakan saya Allahyarham Wan Yahaya Wan Abullah dari Angkatan Pelukis Kedah.


 "Potret Diri", Cat minyak, 66cm x 86cm, 1979


Selepas makan biasanya datuk saya Teh b Saad yang dikenali dengan paggilan Cikgu Teh oleh orang-orang kampung,  lepasan  Maktab  Matang (1916) akan duduk minum teh sambil menghisap rokok daun. 

 "Selepas Makan", Cat minyak, 
66cm x 86cm, 1979

 "Rosak", Cat minyak, 56cm x 80cm,
1979





Tuesday 16 August 2011

ILUSTRASI IMEJ BERDUA

Dua imej yang dijadikan hal benda dalam komposisi untuk menghasilkan  ilustrasi. Menggunakan media cat air di atas ilustration board dengan warna pekat untuk mendapatkan kesan legap. 

"Imej Berdua", Cat air, 24cm x 33cm, 
1987

HAL BENDA UNTUK KOMPOSISI DALAM KARYA

 Apa-apa objek yang ada disekeliling kita boleh dijadikan hal benda (subject matter) dalam karya. Objek-objek yang terbiar dan tidak dipedulikan  jika diangkat dan  disusun dalam satu komposisi pada ruang alas lalu diberi warna dengan kesesuaian palet yang dipilih dapat  menghidupkan karya dan memberi persepsi yang menarik kepada audian.
    

"Botol 1", Cat minyak, 52cm x 62cm, 1979


"Botol 2", Cat minyak, 66cm x 86cm, 1980


"Tanpa Tajuk", 66cm x 86cm, 1980




Sunday 7 August 2011

BUKIT MENDI MEMBERI INSPIRASI

Januari 1972 mula bertugas di Felda Bukit Mendi, Pahang. Penempatan baru di pedalaman yang jaraknya lebih kurang 15 km melalui jalan tanah merah dari jalan raya Temerloh- Bahau. Tinggal di rumah guru, tidak ada kemudahan air paip dan elektrik. Guna air perigi dan lampu minyak tanah. Bagaimanapun disebabkan terlalu berminat kepada bidang fotografi dapat juga menyediakan satu bilik gelap untuk proses fotografi di bahagian dapur rumah guru. Pastinya foto hitam putih (belum ada foto warna). Kuasa elektrik  menggunakan generator ang dipinjam. 

Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Selain melatih murid-murid bermain bola jaring dan pengakap, masa yang terluang digunakan untuk melukis catan, ilustrasi buku (Nancy Drew), komik dan menulis untuk akhbar dan majalah. Waktu malam dengan cahaya lampu minyak tanah dapat menghasilkan beberapa buah komik. Komik  yang diminati waktu itu bertemakan cerita seram. 

Selepas 1976, apabila komik-komik kartun mula mengambil tempat, komik berbentuk natural figure sudah kurang diminati. Berhenti melukis komik. Meninggalkan Bukit Mendi  pada tahun 1979, setelah banyak kemudahan infrastruktur disediakan disini. 


"Nina", 1976, dicetak oleh 
Sinaran Brothers, Pulau Pinang



"Kota Gelang"i, 1975, dicetak oleh 
Amir Enterprise, Kuala Lumpur

"Sribuana Utusan Syaitan", 1976, 
disiarkan dalam majalah Mesraria


"Di puncak Gunung", 1976, diterbitkan oleh 
Sinaran Brothers, Pulau Pinang


"Boragas", 1976, diterbitkan oleh 
Sinaran Brothers, Pulau Pinang

Wednesday 3 August 2011

IMPASTO SUNGAI SEMANTAN


Tahun 1972 hingga 1978 bertugas di Bukit Mendi, Pahang. Sekali sekala dihujung minggu atau hari cuti pasti melalui jalan raya Karak ke Bentong yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.  Perjalanan akan melalui beberapa buah kampung dan pekan kecil. Di tepi lebuhraya terdapat sebatang sungai yang mengalir dengan airnya yang keruh. Kata kawan-kawan sungai itu ialah Sungai Semantan yang mengalir terus ke Temerloh yang dikenali sebagai Kuala Semantan. Sungai ini menjadi laluan utama pahlawan zaman lampau. 

Suatu hari timbul keinginan untuk memberhentikan kereta dan merakam foto Sungai Semantan yang keruh itu. Foto Sungai Semantan akhirnya di jadikan catan atas kanvas.

"Sungai Semantan", Cat minyak, 64cm x 76cm, 
1979